Kemudahan Asas
Kemudahan awam yang terdapat di Kg Pulau Kerengga boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti , padang bola, jalanraya berturap, tadika, klinik desa,sekolah,taman rekreasi surau,kedai runcit dan masjid turut terdapat di sekitar Kg Pulau Kerengga
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, pasar, kesihatan dan keperluan harian di Bandar Marang





