Kesihatan
Visi Kementerian Kesihatan Malaysia
‘Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik’.
Misi Kementerian Kesihatan Malaysia
Adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
iii) Dengan menekankan:
- Sifat Penyayang, Profesionalisme dan kerja berpasukan (‘budaya korporat’)
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat
Klinik Desa Kampung Pulau Kerengga
Di Kampung ini, terdapat sebuah klinik Desa yang disediakan oleh kerajaan yang terletak kira-kira 0.5 km dari Pusat Internet 1 Malaysia.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Klinik Desa Kampung Pulau Kerengga adalah seperti berikut:
- Penjagaan Kesihatan Ibu hamil
- Penjagaan Kesihatan Ibu selepas bersalin
- Penjagaan Kesihatan bayi dan kanak-kanak
- Perancang Keluarga
- Pap Smear
- Imunisasi
- Lawatan ke rumah
- Pemberian HPV ke sekolah
- Pemakanan untuk ibu dan kanak-kanak