PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDI) KG PULAU KERENGGA
SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG PULAU KERENGGA
PEDi merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Dengan adanya laman portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT.
Objektif Penubuhan
ä Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
ä Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
ä Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
ä Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
ä Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat internet.
Pusat Ekonomi Digital Kampung Pulau Kerengga terletak di salah satu kampung di Daerah Marang, Terengganu. Lokasi Pusat Internet terletak betul-betul di tengah kampung dan ini memudahkan penduduk setempat datang ke sini. Kedudukan geografi PEDi Kg Pulau Kerengga menepati keperluan penduduk kerana berada jauh dari bandar untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang sukar diperolehi di kampung. PEDi Kg Pulau Kerengga dibuka pada SETIAP HARI bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan ditutup pada cuti umum.
Perkhidmatan Yang Disediakan:
ä(Information and Communications Technology) secara percuma kepada ahli berdaftar
ä Printing, scanning,Fotostat, Laminate, Binding
ä E-Pembelajaran
ä E-Tuisyen & E-Service
ä Latihan Keusahawanan
ä E-Pembelajaran,Asas ICt & STEM-IOT